Beri Sekali terima banyak kali dengan E-Jariah.Net!!Klik disini untuk memulakannya!!

Selasa, 27 April 2010

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi


SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.-Hrkh

Jumaat, 23 April 2010

Inilah Janji Umno Kepada Osman dan Jamal...

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas ahli dewan undangan negeri PKR berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta mereta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun PKR Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008. Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Khamis, 22 April 2010

Khairy Digesa Jadi Anak Jantan Mengaku Minum Arak


KUALA LUMPUR 23 April - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat pengakuan secara 'gentleman' mengenai dakwaan bahawa beliau pernah meminum arak seperti mana paparan sekeping foto di internet yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman mengandungi alkohol di meja mereka. Naib Presiden PAS Pusat itu juga mengkritik keengganan Ahli Parlimen Rembau itu yang menafi sekeras-kerasnya ketika diserbu wartawan di lobi Parlimen semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyiaran foto yang dimaksudkan itu. Sehubungan itu beliau menggesa Khairy bersama pemimpin Barisan Nasional berani menghadapi kenyataan bahawa isu ini telah memakan diri mereka sendiri. "Kalau mereka bersedia untuk bermain serangan secara peribadi, jadi seharusnya mereka berani untuk tampil dan bukannya lari untuk menghadapi kenyataan. "Bila kita menyatakan satu-satu fakta seperti mana yang dipertikaikan calon BN di Permatang Pasir ada kes pecah amanah kita ada bukti dan perkara itu memang kita merasakan bagi seorang pemimpin tidak boleh melakukan pecah amanah. "Dia nak main isu peribadi tentang minum arak tetapi bila kita kemukakan bukti-bukti mereka haruslah sanggup menghadapinya bukannya lari daripada kenyataan. Dia perlu bertanggungjawab di atas isu yang dimainkan itu. "Sekarang, maknanya isu ini dah makan tuan, kalau nak bermain dengan kita (Pakatan), kita bersedia, tetapi kena berani untuk menghadapi kita secara anak jantan," katanya kepada Suara Keadilan.Semalam, ketika ditanya wartawan mengenai foto berkenaan, Khairy merengus dengan memberikan jawapan, "Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu? Saya tidak minum," katanya. - SK* Kalau pemimpin Umno boleh minum arak, boleh main perempuan, fitnah orang apatah lagi...

Kapal selam: Najib disuruh bercuti

Joseph Sipalan
Apr 22
104:25pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti bagi membolehkan siasatan perhubung pembelian kontroversial kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dapat dijalankan.Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selain itu, kerajaan juga harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam dari Perancis itu.
"Perdana Menteri perlu bercuti sehingga kedua-dua siasatan itu lengkap agar ia dapat dijalankan tanpa halangan,” kata naib presiden PAS itu ketika lawatannya ke pameran dan sidang Defence Services Asia 2010 di Kuala Lumpur.Tahun lalu, Suaram meminta tiga peguam hak asasi Perancis untuk menyiasat pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysian dengan Amaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan Perancis, DCNS.Dua hakim dengan Jabatan Pendakwaan Paris juga sedang menyiasat kemungkinan ada unsur rasuah dalam pembelian kedua-dua kapal selam kepada Malaysia itu.
- Malaysiakini

Dr M anggap Zaid katak, minta undi calon BN

Apr 23, 10 11:35pm
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.
Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ."Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu."Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya.Bercakap mengenai calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata bekas menteri itu boleh diibaratkan sebagai katak."Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang. kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.
"Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu. "Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir.Katanya calon BN P. Kamalanathan, yang turut hadir di ceramah tersebut pula merupakan calon yang bersih, fasih berbahasa Malaysia dan faham akan kehendak rakyat. "Tak susah, cuma pangkah sahaja, pangkahlah calon BN. Jangan fikir panjang, tak ada yang lebih baik dari BN untuk memerintah negara ini," katanya.Beliau juga yakin tampuk pemerintahan negara akan dapat mengembalikan kegemilangan BN seperti yang dikecapi sebelum pilhan raya umum 2008.Bercakap di sidang media selepas ceramah tersebut yang dihadiri lebih 500 orang, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingin orang tahu yang beliau akan berkempen di Hulu Selangor. - Bernama

Liwat II: Anwar kemuka rayuan qazaf

Apr 23, 10 10:58am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang menolak permohonan qazafnya.Beliau yang diiringi oleh peguam Ainiah Kamaruddin, tiba di mahkamah pada jam 10.05 pagi untuk menadatangani beberapa dokumen.
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.Dengan perintah itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

- Malaysiakini

Isteri pertahan reputasi Zaid


HULU SELANGOR, 23 April: Walaupun banyak tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat daripada PKR untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, namun beliau tahu bahawa isterinya mampu menyokong dan mempertahankan reputasinya.

Datin Suliana Shamsuddin, isteri Zaid sejak 31 tahun yang lepas, adalah seorang wanita mempunyai kebolehannya sendiri.

Datin Suliana berbeza daripada kebanyakan isteri ahli politik, yang lebih suka menyokong suami mereka dari tempat naungan, lapor blog www.zaiduntukrakyat.com.

Ibu kepada tiga anak dewasa, telah berkempen dengan penuh semangat bagi pihak suaminya di kawasan seluas bandar Melaka walaupun tanpa suaminya di sisi.

“Saya tiada masalah bertemu dengan rakyat bersendirian,” Suliana yang berbadan ramping memberitahu wartawan selepas berkempen untuk suaminya di sebuah kampung Cina kecil di sini.

“Kerja ini memenatkan tetapi saya rasa puas hati,” kata Suliana, menceritakan kesibukan dan waktu kerjanya yang lewat sebab perjalanannya yang panjang setiap hari ke kawasan pilihan raya kecil ini di desa.

Datin Suliana yang berasal dari Perak, menunjukkan kekuatan mentalnya dalam masa yang singkat di kampung itu, tidak tersentak atau menjerit apabila nampak anjing-anjing berkeliaran di atas jalan.

Beliau juga tidak takut menjawab isu tuduhan bahawa suaminya minum arak.

“Kalau kamu nak tanya benda buruk, tanyalah musuh kamu; kalau kamu nak benda baik, tanyalah kawan. Itu hanya sebahagian daripada proses,” kata beliau apabila menjawab tuduhan bahawa suaminya seorang peminum arak dan kaki perempuan.

“Itu dah selesai. Isu yang utama adalah apa yang dia boleh beri kepada rakyat,” katanya lagi.

Tenaga dan keyakinan beliau menunjukkan pengalaman beliau.

Suliana memberitahu bahawa beliau telah berkempen untuk Zaid yang mewakili Umno pada pilihan raya umum 2004 di parlimen Kota Bharu.Walaupun menang kerusi itu tetapi tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum yang seterusnya.

Beliau datang ke Hulu Selangor untuk memperkenalkan Zaid kepada penduduk tempatan dan memupuk keyakinan mereka supaya memberikan undi kepada suaminya Ahad ini.

“Dia seorang yang tulus, dia bukan bermuka dua. Dia pegang kepada kebenaran,” katanya dalam satu ceramah.

Beliau memberitahu kepada 30 orang yang datang mendengar ceramahnya dengan membawa anak kecil bahawa Zaid adalah seorang yang murah hati.

Zaid menubuhkan sebuah yayasan di Kelantan 11 tahun yang lalu iaitu Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk).

Mesejnya mudah, kata Suliana: Zaid Ibrahim ialah harapan baru untuk menyelamatkan Malaysia. - Harakahdaily

* Tabik buat isteri Zaid...